Pages

Search This Blog

Saturday, July 2, 2011

BELAJARLAH UNTUK REDHA..



Bila Allah cepat makbulkan Doa mu, Maka DIA Menyayangi mu,
Bila DIA Lambat Makbulkan doa mu, Maka DIA Ingin Menguji mu,
Bila DIA Tidak Makbulkan Doa mu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untuk mu.
Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului Kemurkaan Nya.
Ambillah sedikit masa dan anda sudah pasti memberi keceriaan kepada seseorang atau mungkin mengubah hidup mereka kepada yang lebih baik, Insya ALLAH



susahkan nak redha?? walaupun tiap2 hari berdoa " YA ALLAH,AKU REDHA DENGAN SEGALA KETETAPAN MU TERHADAPKU,JIKA ITU YANG TERBAIK....."
Berapa ramai yang tahu setiap kejadian ada hikmahnya,tapi berapa ramai yang redha dengan setiap hikamh tersebut?? 
berapa ramai yang menangis bila result exam x seperti yang diharapkan ??(including me).. 
berapa ramai yang faham Allah x bagi semua tu sebab takut ada riak2 yang mula nak bertunas?


AYUH,BELAJARLAH REDHA DENGAN HATI,BUKAN DENGAN MULUT...

Bukankah Allah SWT telah mengkhabarkan kepada kita tentang ujian dan cubaan buat orang-orang beriman?
“Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).” (Al-Baqarah: 214)
Maka setelah diturunkan ujian berganda-ganda bagi menguji keimanan hambaNya, Allah SWT mengingatkan kita tentang kalimah ‘sabar’. Kerana kesabaran adalah senjata bagi menghadapi segala mehnah dan tribulasi.
“Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira.” (Az-Zumar: 10)
“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan)…” (Ali-Imran: 200)
USAH DIPERTIKAIKAN LAGI!!! AYUH,BELAJARLAH UNTUK REDHA...=)









No comments:

Post a Comment