Pages

Search This Blog

Monday, June 27, 2011

AMALAN TERTOLAK KERANA MAZMUMAH

ALLAH menciptakan tujuh malaikat sebelum menciptakan langit dan bumi..kemudian ditentukan setiap mereka untuk menjaga pintu-pintu langit...
   Pda setiap pintu ini,malaikat pembawa amalan manusia akan ditahan oleh mereka untuk memastikan samada amalan tersebut diterima dan dapat melalaui pintu-pintu seterusnya...ataupun sebaliknya....

PINTU LANGIT PERTAMA
  Malaikat pembawa amalan seorang hamba yang mempunyai nur seperti cahaya matahari....berkata malaikat penjaga pintu langit "Pukullah amalan ini ke muka orang yang mengerjakannya..Akulah malaikat penjaga GHIBAH (mengumpat). Allah menyuruhku supaya tidak membenarkan orang ini naik ke langit yang seterusnya"


PINTU LANGIT KEDUA
   Selepas berjaya melalui pintu langit pertama...malaikat itu smpai ke pintu langit kedua dengan membawa amalan yang dilihat baik dan banyak...kata malaikat penjaga langit " Berhenti kamu dan pukullah orang yang mengejakan kerana dia berharap dengan amalannya dia mendapat keuntungan di dunia"


PINTU LANGIT KETIGA
   Malaikat membwa amalan berupa pahala sedekah,solat dan puasa..Para malaikat kagum dengan melihat amalan tersebut lalu dibawa melintasi langit pertama dan kedua....tetapi ditahan di langit ketiga....
malaikat berkata" Allah menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang yang takabbur melintasiku...orang itu suka membesarkan diri di depan orang ramai"


PINTU LANGIT KEEMPAT
   Amalan berupa tasbih,solat,puasa,haji,umrah dibawa sehingga melepasi pintu langit keempat..
berkata malaikat penjaga langit " Allah memerintahkan supaya amalan orang yang ujub tidak boleh melintasiku...Dia beramal dengan dorongan perasaan ujub dalam dirinya.."

PINTU LANGIT KELIMA
  Amalan yang dibawa berseri-seri...lalu berkata malaikat penjaga langit " Berhenti dan buangkan amalan ini ke muka pelakunya..mereka sebenarnya hasad kepada orang yang belajar ilmu dan beramal seperti amalannya"


PINTU LANGIT KEENAM
   Malaikat pembawa amalan solat,zakat,umrah,jihad,puasa yang bercahaya seperti bulan purnama. Lalu berkata malaikat penjaga langit " pukullah amalan ini ke pada org yng mengerjakannya kerana dia tiada belas kasihan terhadap hambaNYA yang menghadapi kesusahan.."


PINTU LANGIT KETUJUH
   Berkata malaikat Sum'ah ( ingin masyhur) "aku akan menghalang amalan org yg riak dripada sampai kepada Tuhanku...Dia beramal bukan kerana mencari keredhaan Allah tetapi supaya amalannya disebut-sebut.."

KETIKA BERTEMU ALLAH
  KEtika naik malaikat pembawa amalan2 yang berjaya melepasi ketujuh-tujuh pintu langit, Allah berfirman " Kamu adalah yang bertugas menjaga amalan hambaKU ini..Aku lebih mengetahui segala isi hatinya...Dia tidak ikhlas kepadaku dengan amalannya..Dia boleh menipu org lain,kamu tetapi tidak aku.."

P/s: Tahap manakah amalan kita selama ini??? "sekadar muhasabah bersama" =)

Tuesday, June 21, 2011

PROVE IT!

 Assalamualaikum...hari ini dengan rasminya aku menjadi pelajar asasi cfs IIUM selama 23 hari ,kos bio sn di bwah modul one year student,alhamdulillah...ok,kali ni just nak share mcm mna jadi budak one year(walaupun baru 1minggu setengah mula kuliah,)..<-- *ayat agak poyo di situ,heh.

Mula2,bila dapat result ept n apt..fuh,agak gembira(sebab mmg target nak buat 1 year) then,bila DOSP keluarkan syarat baru untuk 1 year student,trus down balik(sebab syarat dia kena a bio n chem..n i kantoi bio doh..). so,lpas tu mmg dah set,redha je la..nak buat mcm mna ..survey senior2 punya pendapat pon,diorang kata better buat 2 years sebab x sibuk sangat..ok..fine..dah boleh terima (walaupun not full-heartedly..T_T)

Lpas tu,nak dijadikan cerita,time keluar jadual,my schedule ada 3 core course n 2 elektif..try compare dengan roomate.diorng 2 core ja..n takde elektif..ah,sudah..compare pulak dengan budak 1 year,n guess what? SAMA!! dush,mula rasa pening,sebab kalau ikut jadual,bsok dah mula kelas....so aku decide,ok,ikut dulu jadual ni..bsok lpas kelas trus kena consult dengan academic advisor...

Dipendekkan cerita,bila pegi jumpa madam Dayana,academic advisor dekat math department, aku pon tanya " madam,i'm two years student,but why i get the schedule for 1 year module?" (ok,mula2 nak je redah bahasa kedah,tapi dekat information counter tu dah tulis PLEASE SPEAK ENGLISH..boleh je nak buat2 x nmpak,,tapi dah ada 4 mata..x kan x nmpak lagi kot)..madam tu pun dengan bersungguh2 intrview aku..tnya result ept n apt..pastu dia check2 dlm sistem.."i'm sorry but your name is under one year module,so,now,you have to sign an agreement whether you reject or receive the offer:" ah,sudah...peluang kembali terbuka..n aku pon decide nak buat 1 year selepas buat sesi soal jawab yng agak lama dengan madam tu...anatara soalan yang dikemukakan "boleh tak nak try untuk 1st sem? kalau rasa x boleh nak carry baru extend?" n jawapannya boleh..kalau nak extend lepas mid sem exam pon boleh sebenarnya..so settle masalah..=)

Masalah kedua,ada pulak cakap2 dari beberapa senior yang kata "kenapa amik 1 year?","ala,mesti x tahan punya" atau yang lebih sakit hati " akak dulu pon confident gak,last2 extend jgk" hadoi~~aku cukup annoyed la dengan org mcm ni...apesal la nak matikan semangat org?? salah ka kalau nak cuba?? atau perlukah aku highlight word tu bagi beso cket?? hishy~~org2 ni membuatkan kadar kesabaran aku semakin invisible ja...tapi,yang x bestnya..senior2 dq pon sama..sedeyh kan2?

So,aku buat keputusan,ignore je ckap2 org yang dengki nih..apa ingat aku x boleh buat ka?? (konon2 semngat la..) mmg jadual bnyak ckit la nk blajaq tu..tapi time skolah dulu boleh je buat kan? aku time maktab mahmud amik smpai 23 subjek termasuk arab,feqah,tauhid,hadith,tafsir n semua tu dlm ARAB,still boleh ja dpat mumtaz dlm SMRA(ok,ni x riak pon,just nak bagi pembakar semngat). mmg la kelas stat kul 8 kadang2,hbis kul 6..tapi tu pon kdg2 jgak..dlm seminggu ada la 2 hari kot jadual mcm tu..yg len mcm org kerja kerajaan la..mula kul 9 smpai kul 1..lpas zohor,kul 2 smbung blik..kdng2 smpai kul 4 ja...teruk ka jadual cam tu??? bagi aku teruk or not.kena accept la...mmg dah responsibility kita untuk belajar,buat apa nak merungut? kalau nak jadual tu free sangat,x payah belajar trus lagi senang kan? jadi,kepada yang target 1 year tu,try dulu,klu rasa berat sngt baru extend..x salah nak cuba...try consult dengan parents, academic advisor department masing2,senior2 yang 1 year,n yang paling penting,buat istikharah..mintak petunjuk ALLAH..inshaALLAH,dipermudahkan..ameen~~~=)

P/S: LET'S STRIVE FOR EXCELLENCE!!!...RABBUNA YUSAHHIL,inshaALLAH...ameen...(^_^)

Friday, June 10, 2011

TAARUF WEEK IN CFS...

Assalamualaikum...at last,berhasil jugak nak update blog yang dah nak bersawang ni,alhamdulillah..ok,post kali ni,aku nak cerita cket tentang taaruf week di cfs....

first day,
dimulakan dengan briefing oleh RMDD (residential and disipline department)..kami didedahkan dengan do n dont sepanjang dekat cfs ni..n apa yang mengejutkan..kadar sama yang akan dikenakan kalau melakukan kesalahan..RM50 DOH~~fuhhh...ok,malamnya,ada briefing dengan language department...khas untukAPT dan EPT...rasanya korang semua dah maklum macam mna....

second day,
lagi briefing dengan department of mathematics...kami didedahkan dengan pengiraan GPA n CGPA..(macam dq ja)...then,ada lagi briefing dengan AnR ( administration and record department)...department ni la yang bertanggungjawab dengan record2 pelajar..n segala macam lagi...then,dengan finance department..hoho..department ni yang paling best..sebab dia terang pasai biasiswa...ok,menurut apa yang depa gtau..kita dapat +- RM 1900..tapi selepas ditolak dengan mcm2 yuran..baki bersih ada la lebih kurang RM 1200 untuk satu sem...

third day,
hari ni la kami exam apt,ept n fkt...ept tu pagi..semua muka relax ja....tapi,time petang tu..semua muka cuak..sebab exam arab...oh ya..fkt tu mcm exam basic fardhu ain ja...tanya pasai mandi wajib,syarat sah solat..n perkara2 yang sewaktu dengannya...

ok,pastu dah x ingat dah..cuma ada byak briefing dgn department...department of physics,chemistry...n banyak lagi la department...

last day,
huh..malm ni la malam yang paling dasyat...ada culture night..mula2,ingat culture night ni mcm pertunjukan nasyid or ala2 tu la...tapi,bila mc tu mula majlis..dah dengar sisters dekat belakng bersorak (aku di hadapan ya)..culture shock yang pertama....mula persembahan..naik dua org brothers dengan guitar..sorang buat rap lagu ekstravaganza ( bunkface)..n sisters pulak yang melebih2...ok,2nd show..naik 3 org budak n ada muzic..mula2 ingat nak buat choir...tapi guest what?? they r dancing!!! n the brothers n sisters apa lagi..lagi dasyat la cheers diorang...fuh~~yang kitorang ni dah asyik geleng ja....tiba2,msuk sms mntak kmi byakkan selawat,sbb malam tu malam rejab...

3rd show...nasyid..ni kira ok la...pastu ada lagi 2,3 show yang ok..and last show,ada band apa ntah...x ingat nama..tapi,band ni ala2 band dakwah gitu....majlis hbis jam 11..n overall,kitorang mmg terkejut...terkejut dengan budaya di sini...n kadang2,committee mmbers sniri yang suruh kitorng tepuk tangan n nyanyi skali...

so,untuk sahabat sahabiah yang nak daftar 18 hb ni..get ready..siapkan mental n fizikal korang...sbb kitalah agen perubahan....mmg,first2 tu susah sangat nak adapt..tapi,kadang2 kita kena terima hakikat..kena berpijak di bumi yang nyata..kita bukan lagi di bumi darul quran..bukan lagi dikelilingi dengan suasana selesa...bila banin jmpa banat..tunduk...oh3...susah nak jumpa dekat sini..hatta bab tu la yang paling senang...
lastly,sekadar peringatan bersama " x biarkan kita dipengaruhi..tapi biarlah kita yang mempengaruhi.."\

TAKBIR!!