Pages

Search This Blog

Thursday, February 13, 2014

Practice make Perfect

Bismillah..


Dah lama sangat blog ni x berupdate..kalau diibaratkan seperti rumah,mungkin sawang dah berlayer2 gamaknya..

Alhamdulillah,Allah gerakkan hati nak bercoret sedikit malam ni..sekadar meluahkan perasaan, berkongsi pendapat, bertukar buah fikiran..

Alhamdulillah jugak, saya sekarang sudah memasuki alam Undergraduate study..Bachelor of Science (Applied Chemistry) i.allah..baru nak menghabiskan semester 2, tahun pertama...Allah..panjang lagi rupanya perjalanan ni~~ 

Apa pun, bukan itu yg ingin diceritakan. cukuplah sekadar update serba sedikit. Apa yg saya nk smpaikan ni sebenarnya dah lama terpendam..x mampu nak luah..lebih tepat..x tahu dekat sapa saya nak meluahkan..

Sedih adalah perkataan paling tepat untuk menggambarkan perasaan saya setiap kali saya isu ni terlintas di benak fikiran. Isu sejauh mna kita mengambil berat tentang Al-Quran. Saya x mahu menyentuh isu tadabbur dan sebagainya..tapi isu basic. BACA  ataupun dekat UIA we called it READ.

Sungguh, setiap kali saya berpeluang mengetuai halaqah tilawah Quran, hmpir menangis saya dibuatnya. Sedih sebab masih ada yg x dpat nk kenal huruf. Itu baru huruf, belum lagi disentuh isu hukum nun mati dan tanwinnya..

Pernah saya ingin menguji sahabiah2 yg sehalaqah dengan saya. Sengaja disoal tentang panjang mad asli. Aduh, jawapannya.."x ingatlah,4 ke 5 ntah".. dan saya hanya mampu tersenyum. KELAT dan RALAT.
Pernah jugak saya bermakmumkan imam yang bacaannya..Allah..sedap sungguh..tapi makhrajnya..Aduh~~ 

Kadang2 saya terfikir, siapa yg patut dipersalahkan? mereka? ibu bapa? Guru? ataupun saya. Saya mengaku, gerakan dakwah kita lebih tertumpu kepada pembentukan negara islam ataupun yg seangkatan dengannya..tapi kita lupa yg kadang2 dlam halaqah kita masih ada yg terkial2 nk membaca..

Lumrah sekarang, tak tahu lagu,malu..tak tahu baca Quran,buat tak tahu..

Selalu saya kongsikan dengan sahabat2 saya, macamna solat nk berkat kalau fatihah masih fail? Macamna nak didik anak2 nnti kalau mother-to-be masih bertatih membaca? 

Ayuh,sahabat2 sekalian. cukup2 lah dengan mindset 'kita masih muda' atau 'nnti dah kawin mintaklah suami ajarkan'..nyawa Allah boleh cabut bila2 masa..sementara lidah masih berfungsi..masih boleh diasah..rajin2kanlah membaca Quran..yang rasa bacaannya agak ok,tak rugi nak membantu orang lain. 

Sebab saya percaya "Practice make perfect"

INGAT!! "change for good is not a sin though it cost you half blood n tears to start"

=)
=)

"tiada alasan bagi sesiapa yang berkemahuan"



Wednesday, July 27, 2011

IN EXAM MOOD..

Bismillah...

Ketika post ini ditulis,aku baru selesai menduduki  paper ISM2112 (computer1),alhamdulillah....full mark ka dak,tu len ceghita,yang pasti i had try my best..

Ouh,sebelum aku lupa,la ni dekat cfs,cmua tengah exam fever..p mana2 boleh nmpak study group o0o..hebat kan2...padahal sebelum2 ni,mlm ja dah lengang dah bangunan annex tu..kalau ada kelas pun,kelas tasmi budak2 dq ja la...tapi minggu ni..every night!! annex (baca bilik beku ) mesti penuh...subhanallah,penangan exam...

ok2 cukup merapu..here,aku nk ajak kita selam balik diri kita ni..kalau time exam..sanggup tidoq smpai kul 3 pagi study..sanggup berhijrah mahalah semata2 nk study dengan budaq dq jgak (hoho..aku la tu),senang kata..kalau exam ni..cmua sanggup dikorbnkan..termasuk la makan...see?? kan hebat penangan exam...

Tapi,alangkah bagus nya kalau kita jadi semujahadah itu dalam ibadah kita....cuba renung2 balik...ada orng,sebb exam ja,sanggup x trun jemaah..dia kata

    "nnti mmbazir masa nak naik trun tangga. kan bgus kalau masa         
     tu digunakan untuk study"


..tapi ni kira bgus la jugak sbb dia still sembahyang..yang study smpai 3 pagi..bgun kul 10 pun ada...boleh pulak qada subuh ngan zohor skali..adeh~~ mcm2 peel la yg aku jumpak dkt cni...pelik2 blako...

Kan allah dah kata


" there,the only protection comes Allah,the true one. He is the BEST to Reward and the BEST to Give Success" (18:44)...

nampak dak??? Allah sebaik-baik pemberi kejayaan...kalau kita dok study smpai nak rak pun,hubungan dengan allah kita tinggai,mcm mna? mmg ada org kata

        "cina x semayang pun,tapi berjaya jgak"...

aiseh~~ kalau berjaya pun,x berkat buat apa? kita kena ingat,ilmu kita ni kita nak bwak smpai mati...nnti msuk kuboq allah tanya..apa yang kita dah buat dengan ilmu kita..kenapa ilmu banyak tapi tak manfaat kan?? (nauzubillah...)  n ingat jugak,dalam nak mengejar kejayann tu..kita kena balance sunnatullah and syariatullah...ha?? x phm?? ok2, aku bagi satu cerita...


Cuba bayangkan................................ada 3 orang lelaki yang suka sangat dengan bunga....yang A ni,dia jaga bunga elok2,hari-hari dia siram,hujung minggu dia bajak tanah dekat bunga2 dia tu...smpai la satu ketika,bunga2 dia ni tumbuh elok..mcm taman2 dekat cameron nu...lama2 dia semakin leka dengan bunga dia,semayang pun tinggai..asyik bunga2...

Lain pulak si B nih,suka bunga tapi malas...kerja asyik semayang dan mintak supaya Allah bagi bunga dia hidup....tapi siram pun dak,baja pun x bubuh..tanah pun x bajak..haisy~~

ok,C pulak....sama mcm si A,tapi...si dia advance ckit..bila bunga dia naik elok..dia lagi rasa bersyukur dengan Allah...dan melipat gandakan amalan2 dia...tanda terima kasih atas apa yang Allah dah bagi~~

nmpak dak?? A tu contoh org yang lebih sunnatullah..tapi syariatullah?? FAILED!! yes,mmg bunga dia menjadi tapi pada msa yg sama allah marah..sebab dia dah lalai dari tanggungjwb dia...allah bagi bunga dia elok sbb nk suruh dia bersyukur mcm C..yang B pulak..syariatullah MANTOP!! x miss semayang hajat.tahajud n etc2..tapi awat bunga dia x hdup jugak?? sebb dia x jaga elok2...takat semayang ja..mana bunga tu nak hidup bhai..tgok C...dua2 balance..n kesan dia..bunga elok...Allah pun suka....

ha...so,konklusinya...study study jugak..tapi bab2 ibadah tok sah la dok buat pejam mata...kalau khatam buku campbell  tu pun(ni buku bio yang SANGAT TEBAL)..tak tentu lagi boleh jwab exam bio 1 tu ha~~teringat plak ada poster yng depa lekat dekat notice bord mahalah....
           
                     "success do not come in overnight"


maka,oleh itu,jom koreksi diri sementara ada lagi paper yang x exam lagi..kalau2 yang dah hbeh tu..jangan  dok ulang dah peghangai lagu ni time final nnti kalau x mau hancus ya...sekadar peringatan bersama..tambah2 dekat diri seniri yang asyik trun naik ja iman kebelakangn ni....

P/S: sangat kagum dengan sahabat2 yang GIFTED, Quran masyi...kuiz pun mantop...masuk exam lenggang ja...orang lain jenuh mengadap campbell..puak2 ni dah scan satu buku masuk dalam otak~~fuh222...bila la nak jadi mcm ni??? T_T

Saturday, July 2, 2011

BELAJARLAH UNTUK REDHA..



Bila Allah cepat makbulkan Doa mu, Maka DIA Menyayangi mu,
Bila DIA Lambat Makbulkan doa mu, Maka DIA Ingin Menguji mu,
Bila DIA Tidak Makbulkan Doa mu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untuk mu.
Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului Kemurkaan Nya.
Ambillah sedikit masa dan anda sudah pasti memberi keceriaan kepada seseorang atau mungkin mengubah hidup mereka kepada yang lebih baik, Insya ALLAH



susahkan nak redha?? walaupun tiap2 hari berdoa " YA ALLAH,AKU REDHA DENGAN SEGALA KETETAPAN MU TERHADAPKU,JIKA ITU YANG TERBAIK....."
Berapa ramai yang tahu setiap kejadian ada hikmahnya,tapi berapa ramai yang redha dengan setiap hikamh tersebut?? 
berapa ramai yang menangis bila result exam x seperti yang diharapkan ??(including me).. 
berapa ramai yang faham Allah x bagi semua tu sebab takut ada riak2 yang mula nak bertunas?


AYUH,BELAJARLAH REDHA DENGAN HATI,BUKAN DENGAN MULUT...

Bukankah Allah SWT telah mengkhabarkan kepada kita tentang ujian dan cubaan buat orang-orang beriman?
“Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).” (Al-Baqarah: 214)
Maka setelah diturunkan ujian berganda-ganda bagi menguji keimanan hambaNya, Allah SWT mengingatkan kita tentang kalimah ‘sabar’. Kerana kesabaran adalah senjata bagi menghadapi segala mehnah dan tribulasi.
“Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira.” (Az-Zumar: 10)
“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan)…” (Ali-Imran: 200)
USAH DIPERTIKAIKAN LAGI!!! AYUH,BELAJARLAH UNTUK REDHA...=)









Monday, June 27, 2011

AMALAN TERTOLAK KERANA MAZMUMAH

ALLAH menciptakan tujuh malaikat sebelum menciptakan langit dan bumi..kemudian ditentukan setiap mereka untuk menjaga pintu-pintu langit...
   Pda setiap pintu ini,malaikat pembawa amalan manusia akan ditahan oleh mereka untuk memastikan samada amalan tersebut diterima dan dapat melalaui pintu-pintu seterusnya...ataupun sebaliknya....

PINTU LANGIT PERTAMA
  Malaikat pembawa amalan seorang hamba yang mempunyai nur seperti cahaya matahari....berkata malaikat penjaga pintu langit "Pukullah amalan ini ke muka orang yang mengerjakannya..Akulah malaikat penjaga GHIBAH (mengumpat). Allah menyuruhku supaya tidak membenarkan orang ini naik ke langit yang seterusnya"


PINTU LANGIT KEDUA
   Selepas berjaya melalui pintu langit pertama...malaikat itu smpai ke pintu langit kedua dengan membawa amalan yang dilihat baik dan banyak...kata malaikat penjaga langit " Berhenti kamu dan pukullah orang yang mengejakan kerana dia berharap dengan amalannya dia mendapat keuntungan di dunia"


PINTU LANGIT KETIGA
   Malaikat membwa amalan berupa pahala sedekah,solat dan puasa..Para malaikat kagum dengan melihat amalan tersebut lalu dibawa melintasi langit pertama dan kedua....tetapi ditahan di langit ketiga....
malaikat berkata" Allah menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang yang takabbur melintasiku...orang itu suka membesarkan diri di depan orang ramai"


PINTU LANGIT KEEMPAT
   Amalan berupa tasbih,solat,puasa,haji,umrah dibawa sehingga melepasi pintu langit keempat..
berkata malaikat penjaga langit " Allah memerintahkan supaya amalan orang yang ujub tidak boleh melintasiku...Dia beramal dengan dorongan perasaan ujub dalam dirinya.."

PINTU LANGIT KELIMA
  Amalan yang dibawa berseri-seri...lalu berkata malaikat penjaga langit " Berhenti dan buangkan amalan ini ke muka pelakunya..mereka sebenarnya hasad kepada orang yang belajar ilmu dan beramal seperti amalannya"


PINTU LANGIT KEENAM
   Malaikat pembawa amalan solat,zakat,umrah,jihad,puasa yang bercahaya seperti bulan purnama. Lalu berkata malaikat penjaga langit " pukullah amalan ini ke pada org yng mengerjakannya kerana dia tiada belas kasihan terhadap hambaNYA yang menghadapi kesusahan.."


PINTU LANGIT KETUJUH
   Berkata malaikat Sum'ah ( ingin masyhur) "aku akan menghalang amalan org yg riak dripada sampai kepada Tuhanku...Dia beramal bukan kerana mencari keredhaan Allah tetapi supaya amalannya disebut-sebut.."

KETIKA BERTEMU ALLAH
  KEtika naik malaikat pembawa amalan2 yang berjaya melepasi ketujuh-tujuh pintu langit, Allah berfirman " Kamu adalah yang bertugas menjaga amalan hambaKU ini..Aku lebih mengetahui segala isi hatinya...Dia tidak ikhlas kepadaku dengan amalannya..Dia boleh menipu org lain,kamu tetapi tidak aku.."

P/s: Tahap manakah amalan kita selama ini??? "sekadar muhasabah bersama" =)

Tuesday, June 21, 2011

PROVE IT!

 Assalamualaikum...hari ini dengan rasminya aku menjadi pelajar asasi cfs IIUM selama 23 hari ,kos bio sn di bwah modul one year student,alhamdulillah...ok,kali ni just nak share mcm mna jadi budak one year(walaupun baru 1minggu setengah mula kuliah,)..<-- *ayat agak poyo di situ,heh.

Mula2,bila dapat result ept n apt..fuh,agak gembira(sebab mmg target nak buat 1 year) then,bila DOSP keluarkan syarat baru untuk 1 year student,trus down balik(sebab syarat dia kena a bio n chem..n i kantoi bio doh..). so,lpas tu mmg dah set,redha je la..nak buat mcm mna ..survey senior2 punya pendapat pon,diorang kata better buat 2 years sebab x sibuk sangat..ok..fine..dah boleh terima (walaupun not full-heartedly..T_T)

Lpas tu,nak dijadikan cerita,time keluar jadual,my schedule ada 3 core course n 2 elektif..try compare dengan roomate.diorng 2 core ja..n takde elektif..ah,sudah..compare pulak dengan budak 1 year,n guess what? SAMA!! dush,mula rasa pening,sebab kalau ikut jadual,bsok dah mula kelas....so aku decide,ok,ikut dulu jadual ni..bsok lpas kelas trus kena consult dengan academic advisor...

Dipendekkan cerita,bila pegi jumpa madam Dayana,academic advisor dekat math department, aku pon tanya " madam,i'm two years student,but why i get the schedule for 1 year module?" (ok,mula2 nak je redah bahasa kedah,tapi dekat information counter tu dah tulis PLEASE SPEAK ENGLISH..boleh je nak buat2 x nmpak,,tapi dah ada 4 mata..x kan x nmpak lagi kot)..madam tu pun dengan bersungguh2 intrview aku..tnya result ept n apt..pastu dia check2 dlm sistem.."i'm sorry but your name is under one year module,so,now,you have to sign an agreement whether you reject or receive the offer:" ah,sudah...peluang kembali terbuka..n aku pon decide nak buat 1 year selepas buat sesi soal jawab yng agak lama dengan madam tu...anatara soalan yang dikemukakan "boleh tak nak try untuk 1st sem? kalau rasa x boleh nak carry baru extend?" n jawapannya boleh..kalau nak extend lepas mid sem exam pon boleh sebenarnya..so settle masalah..=)

Masalah kedua,ada pulak cakap2 dari beberapa senior yang kata "kenapa amik 1 year?","ala,mesti x tahan punya" atau yang lebih sakit hati " akak dulu pon confident gak,last2 extend jgk" hadoi~~aku cukup annoyed la dengan org mcm ni...apesal la nak matikan semangat org?? salah ka kalau nak cuba?? atau perlukah aku highlight word tu bagi beso cket?? hishy~~org2 ni membuatkan kadar kesabaran aku semakin invisible ja...tapi,yang x bestnya..senior2 dq pon sama..sedeyh kan2?

So,aku buat keputusan,ignore je ckap2 org yang dengki nih..apa ingat aku x boleh buat ka?? (konon2 semngat la..) mmg jadual bnyak ckit la nk blajaq tu..tapi time skolah dulu boleh je buat kan? aku time maktab mahmud amik smpai 23 subjek termasuk arab,feqah,tauhid,hadith,tafsir n semua tu dlm ARAB,still boleh ja dpat mumtaz dlm SMRA(ok,ni x riak pon,just nak bagi pembakar semngat). mmg la kelas stat kul 8 kadang2,hbis kul 6..tapi tu pon kdg2 jgak..dlm seminggu ada la 2 hari kot jadual mcm tu..yg len mcm org kerja kerajaan la..mula kul 9 smpai kul 1..lpas zohor,kul 2 smbung blik..kdng2 smpai kul 4 ja...teruk ka jadual cam tu??? bagi aku teruk or not.kena accept la...mmg dah responsibility kita untuk belajar,buat apa nak merungut? kalau nak jadual tu free sangat,x payah belajar trus lagi senang kan? jadi,kepada yang target 1 year tu,try dulu,klu rasa berat sngt baru extend..x salah nak cuba...try consult dengan parents, academic advisor department masing2,senior2 yang 1 year,n yang paling penting,buat istikharah..mintak petunjuk ALLAH..inshaALLAH,dipermudahkan..ameen~~~=)

P/S: LET'S STRIVE FOR EXCELLENCE!!!...RABBUNA YUSAHHIL,inshaALLAH...ameen...(^_^)

Friday, June 10, 2011

TAARUF WEEK IN CFS...

Assalamualaikum...at last,berhasil jugak nak update blog yang dah nak bersawang ni,alhamdulillah..ok,post kali ni,aku nak cerita cket tentang taaruf week di cfs....

first day,
dimulakan dengan briefing oleh RMDD (residential and disipline department)..kami didedahkan dengan do n dont sepanjang dekat cfs ni..n apa yang mengejutkan..kadar sama yang akan dikenakan kalau melakukan kesalahan..RM50 DOH~~fuhhh...ok,malamnya,ada briefing dengan language department...khas untukAPT dan EPT...rasanya korang semua dah maklum macam mna....

second day,
lagi briefing dengan department of mathematics...kami didedahkan dengan pengiraan GPA n CGPA..(macam dq ja)...then,ada lagi briefing dengan AnR ( administration and record department)...department ni la yang bertanggungjawab dengan record2 pelajar..n segala macam lagi...then,dengan finance department..hoho..department ni yang paling best..sebab dia terang pasai biasiswa...ok,menurut apa yang depa gtau..kita dapat +- RM 1900..tapi selepas ditolak dengan mcm2 yuran..baki bersih ada la lebih kurang RM 1200 untuk satu sem...

third day,
hari ni la kami exam apt,ept n fkt...ept tu pagi..semua muka relax ja....tapi,time petang tu..semua muka cuak..sebab exam arab...oh ya..fkt tu mcm exam basic fardhu ain ja...tanya pasai mandi wajib,syarat sah solat..n perkara2 yang sewaktu dengannya...

ok,pastu dah x ingat dah..cuma ada byak briefing dgn department...department of physics,chemistry...n banyak lagi la department...

last day,
huh..malm ni la malam yang paling dasyat...ada culture night..mula2,ingat culture night ni mcm pertunjukan nasyid or ala2 tu la...tapi,bila mc tu mula majlis..dah dengar sisters dekat belakng bersorak (aku di hadapan ya)..culture shock yang pertama....mula persembahan..naik dua org brothers dengan guitar..sorang buat rap lagu ekstravaganza ( bunkface)..n sisters pulak yang melebih2...ok,2nd show..naik 3 org budak n ada muzic..mula2 ingat nak buat choir...tapi guest what?? they r dancing!!! n the brothers n sisters apa lagi..lagi dasyat la cheers diorang...fuh~~yang kitorang ni dah asyik geleng ja....tiba2,msuk sms mntak kmi byakkan selawat,sbb malam tu malam rejab...

3rd show...nasyid..ni kira ok la...pastu ada lagi 2,3 show yang ok..and last show,ada band apa ntah...x ingat nama..tapi,band ni ala2 band dakwah gitu....majlis hbis jam 11..n overall,kitorang mmg terkejut...terkejut dengan budaya di sini...n kadang2,committee mmbers sniri yang suruh kitorng tepuk tangan n nyanyi skali...

so,untuk sahabat sahabiah yang nak daftar 18 hb ni..get ready..siapkan mental n fizikal korang...sbb kitalah agen perubahan....mmg,first2 tu susah sangat nak adapt..tapi,kadang2 kita kena terima hakikat..kena berpijak di bumi yang nyata..kita bukan lagi di bumi darul quran..bukan lagi dikelilingi dengan suasana selesa...bila banin jmpa banat..tunduk...oh3...susah nak jumpa dekat sini..hatta bab tu la yang paling senang...
lastly,sekadar peringatan bersama " x biarkan kita dipengaruhi..tapi biarlah kita yang mempengaruhi.."\

TAKBIR!!

Wednesday, May 25, 2011

KHATAM OH KHATAM~~

 Hurmm...apa aku nk tulis sbnarnya..oh ya..just nak kongsi dengan korang2..mcmna rasa bila dah hbis khatam hafalan 30 juzuk al-quran..bukan khatam bacaan yea...

  Pagi itu,30 hb 4...kelihatan berbondong2 manusia berpakain kelabu asap menuju ke garaj belakang dewan muktamar untuk menikmati breakfast..maklumla..hari tu smua makanan dwan mkn hntar ke dewan muktamar....so secara tiba2 belakang tu pnuh la dgan student2 IQRAC gen 11....dipendekkan cerita..tiba la waktu perarakan....so semua org beratur dengan penuh semangat...aku pon sama la..dok depan skali..maklumla..ketua kelas..hehe..ok2 dah merapu....then.bila ja bunyi kompang bermula...kami pun berarakla dengan pensyarah tasmi n ustaz2 yang lain...bila smpai ja depan dewan..semua nak menggigil..sebab ibu bapa semua tengok ke arah kami...dah siap ada red carpet lagi...

  Banin pun split barisan sbb diorang ada yang nk kena baca atas pentas...so,bila turn banat...aku tgok depan..."mak,ada skrin besar la...bila dah hbis semua org duduk...majlis pun bermula....

                                                                 ***

   Bacaan first oleh ust Wan...adus..rsa syahdu....then,diteruskan dgan bnin2 lain..mula2 tak fokus sangat..sbb dok tgok skrin ja..pastu,bila smpai dkat surah al-zalzalah..diana yang duk sebelah aku dah "mula hujan"ah..sudah..dah la bnin tu baca ala2 sedih gitu...nsib ada bwk tisu lebih....tapi..hujan dia x berhenti takat tu ja...malah lagi lebat...T_T....tiba2 aku rasa kagum..."allah,hebatnya diana...boleh menghayati ayat2 ni smpai nangis..sedangkan ni baru ayat2 lazim…yang aku ni dok komen ja org baca”...terus aku concentrate...tapi aku x hujan ye...pastu..dah msuk dekat 3 qul..Us wan conduct balik....mula dengan Al-ikhlas...satu demi satu ayat aku dengaq...

"Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa"Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat"

sampai ayat ke 2 aku tersentak....Ayat memohon sebarang hajat tu mmbuatkan aku turut menangis...terasa betapa kerdilnya aku depan allah....bacaan diteruskan...smpi la surah An-naas..Kemudian disambung dengan al-baqarah semula dan satu ayat daripada Surah Al-an’m..

Dan telah sempurna fiman tuhanmu( Al-Quran) dengan benar dan adil…Tidak ada yang dpat mengubah firmnnya..dan dia maha mendengar, maha mengetahui…"(115)

  Trus aku rasa…dush3…macam ada berbukit2 hempap atas kepala…rasa bahu ni terbeban bila nak jaga 30 juzuk tu…teringat balik time kena marah nagn ustazah bila x lancar..time merungut dekat sakinah bila susah nak hafal….time rasa mcm nak ponteng je bila x cukup modal (6 muka)…timeawal2 masuk dengan x ikhlas… n now it end…dah x boleh rasa semua tu…sedih,bersyukur n terharu sangat2…n x perlu tunggu lama2..dah nangis dah…sedih sebab rindu zaman2 dulu..bersyukur sebab allah bagi kesempatan,bagi peluang habiskan 30 juzuk walaupun dulu2 x ikhlas...terharu sebab mcm x percaya dah bergelar hafizah…macam x percaya aku dipilh untuk bawak amanah allah…sampai la ustaz baca doa khatam…

Allahumma ja’alnal quraanala fid dunya qarina,wafil qabri mu’nisa..wafil qiamati syafi’a..wa ‘ala siroti nura..wa ilal jannati rafiqa..waminannari sitra wa hijaba…

   Memang ameen sangat2 doa ustaz…n terbayng tanggungjawab yang perlu di pikul…allah…rasa mcm nak patah balik..but there is no turning back kan2?? Start dari situ,terus tanam azam nak jaga quran btul2..dah tanak main2 dah…ustaz penah kata..”kalau kamu tinggal quran sehari,quran tinggal kamu seminggu…tinggal seminggu,quran tinggal sebulan…tinggal sebulan…quran tinggal setaun” aku tak mau jadik cam tu…so,buat yang berminat nak menghafal quran…dipersilakan..anda sedang merancang untuk membuat pelaburan yang x akan rugi..n takde yang berani kata path that you take is absolutely WRONG!!..( quoted from mantop book)…
 Lastly…kepada sahabat2…jom jaga quran..dapat atau tak..perkara kedua..Al-quran tu milik Allah…kalau Dia nak bagi..kita dapat..kalau x,kita x dapat..tp yang paling penting…MUJAHADAH itu PERLU!!( ni nasihat Azlina..mrs. masyi batch aku..) X kan nak masyi kalau FB 24/7??? Huh,tepuk dada tanya iman….

P/S: Ada sahabat pernah kata..indahnya penat dengan Quran….indahnya stay up sebab Quran…indahnya mujahadah sebab Quran…=)